DAM

DAM
Pengertian- denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau wajib umrah atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.

JENIS-JENIS DAM

1) Tertib : Dam yang dibayar mengikut susunan.
2) Takdil : Dibolehkan membayar mengikut nilaian harga dam.
3) Takdir : Dam yang dibayar mengikut kadar yang ditentukan mengikut kemampuan.
4) Takhyir : Dibolehkan memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak. 
__________________________

(a) DAM TERTIB DAN TAKDIL

Jenis Kesalahan:

1)  Melakukan persetubuhan yang merosakkan haji sebelum Tahallul Awal.

     Dam @ Denda:
  • Menyembelih seekor unta, jika tidak mampu.
  • Menyembelih seekor lembu, jika tidak mampu.
  • Menyembelih tujuh ekor kambing, jika tidak mampu.
  • Membeli makanan dengan nilai harga seekor unta kemudian makanan itu hendaklah diberi kepada fakir miskin di Mekah, jika tidak mampu.
  • Berpuasa mengikut jumlah bilangan cupak makanan yang dibeli dengan nilai harga seekor unta.
2) Dikepung atau ditahan sebelum masuk ke Mekah setelah berniat ihram, dengan sebab itu  hendaklah  dia bertahallul.

    Dam@ Denda:
  • Menyembelih seekor kambing, sekiranya tidak mampu.
  • Membeli makanan dengan nilaian harga yang sama dan disedekahkan kepada fakir miskin.sekiranya tidak mampu.
  • Berpuasa mengikut bilangan hari yang dikira mengikut bilangan cupak makanan  yang dibeli dengan nilai harga seekor kambing. 
(b)  DAM TERTIB DAN TAKDIR

Jenis Kesalahan:
  1. Ihram tamattuk dan ihram qiran.
  2. Tidak wukuf di Arafah.
  3. Tidak melakukan perkara wajib haji seperti tidak melontar jamrah dan tidak berihram di miqat.
  4. Tidak melakukan tawaf wadak.
Dam @ Denda:
  • Menyembelih seekor kambing, sekiranya tidak mampu.
  • Berpuasa selama 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari setelah pulang ke kampung.
(c) DAM TAKHYIR DAN TAKDIL

Jenis Kesalahan:
  1. Memburu dan mengusir binatang buruan darat yang halal dimakan.
  2. Memotong, menebang atau mencabut tumbuh-tumbuhan atau pokok di tanah haram yang tumbuh sendiri.
Dam @ Denda:
  • Menyembelih binatang yang sama bandingannya dengan binatang yang telah diburu. Bagi pokok yang besar sama dengan binatang yang besar dan pokok yang kecil sama dengan binatang yang kecil.
  • Memberi sedekah makanan kepada fakir miskin mengikut nilai binatang yang disembelih.
  • Berpuasa mengikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli mengikut nilai binatang sembelihan.

(d) DAM TAKHYIR DAN TAKDIR

Jenis Kesalahan:
  1. Memotong atau mencabut rambut atau bulu pada mana-mana bahagian tubuh badan.
  2. Mengerat kuku atau menanggalkannya.
  3. Memakai pakaian yang terlarang semasa ihram.
  4. Memakai minyak pada rambut atau janggut atau misai.
  5. Memakai bau-bauan pada pakaian atau badan.
  6. Melakukan perkara-perkara yang boleh mendorong kepada persetubuhan.
  7. Melakukan persetubuhan kali ke-2 selepas persetubuhan yang merosakkan haji.
  8. Melakukan persetubuhan selepas tahallul pertama.
Dam @ Denda:

Boleh memilih satu daripada yang berikut:
  • Menyembelih seekor kambing.
  • Bersedekah kepada enam orang fakir miskin.Tipa-tiap seorang 2 cupak.
  • Berpuasa selama 3 hari.