HIKMAT

1. HIKMAT UPAH HAJI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
  • memberi peluang orang yang sakit yang tiada harapan sembuh untuk mengerjakan haji.
  • orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji untuknya.
  • memberi peluang kepada anak atau ahli keluarganya berbakti kepada ibu bapa atau meninggal dunia.
2.HIKMAT  HAJI

(a) Individu: 
  • Menghapuskan dosa-dosa kecil
  • membersihkan jiwa daripada maksiat
  • meningkatkan keimanan
  • memperbaharui ikrar keimanan kepada Allah
  • melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan
  • mengingati sejarah kecemerlangan  tamadun Islam.
(b) Masyarakat:
  • Saling berkenalan sesama umat Islam
  • membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam.
  • mengadakan perbincangan mengenai permasalahan umat Islam.
  • membentuk pakatan bersama menghadapi musuh Islam.
  • meneguhkan persaudaraan umat Islam
  • menyatu-padukan umat Islam tanpa mengira bangsa dari seluruh dunia.
3. HIKMAT RUKUN HAJI

(a) Niat:
  • Dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah dengan mengetepikan segala kemewahan dunia.
  • seseorang hanya memikirkan kebesaran dan keagungan serta keredhaan Allah
(b) Wukuf:
  • Mengingatkan semula tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 
  • menimbulkan keinsafan kepada kepada jemaah haji.
  • mengingatkan kita kepada perhimpunan di Padang Mahsyar
 (c) Saie:
  • mengambil iktibar peristiwa Siti Hajar yang berusaha mencari air untuknya, Nabi Ismail a.s.
  • mendidik manusia supaya tabah dan cekal dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(d) Bercukur:
  • Sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela yang terdapat dalam diri seseorang.
  • menghapuskan dosa.
(e) Tertib:
  • Seseorang itu dapat melakukan ibadat samada ibadat wajib atau sunat mengikut susunan bertujuan mendidik umat Islam supaya berdisiplin.

4. HIKMAT DIADAKAN LARANGAN IHRAM HAJI
  • Manusia adalah sama sahaja di sisi Allah.
  • Seseorang itu lupa kepada perkara keduniaan ketika beribadat kepada Allah.
  • Memberi latihan kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain.
  • Menguji keimanan dan kesabaran manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah.
  • Jemaah haji dapat menumpukan perhatian kepada ibadat haji.
  • melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin.
5. HIKMAT DAM 
  • Manusia sentiasa bertanggungjawab terhadap segala kekurangan dalam ibadat.
  • Sentiasa menjaga disiplin semasa menunaikan ibadat haji.
  • Bersungguh-sungguh menumpukan perhatian semasa ibadat haji
  • Menunaikan ibadat haji dengan teratur