WAJIB HAJI

1. WAJIB HAJI.
  • Berniat ihram di Miqat- Miqat Makani (tempat) dan Miqat Zamani(masa) .
  • Bermalam di Muzdalifah - ialah tempat terletak antara Arafah dan Mina . Seseorang hendaklah berada di Muzdalifah selepas separuh malam ke -10 Zulhijjah iaitu selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar.
  • Melontar di Jamratul Aqabah - Ia dilakukan selepas bermalam di Muzdalifah. waktu melontar ialah selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah. waktu afdhal melontar ialah pada waktu pagi 10 Zulhijjah.
  • Bermalam di Mina - pada hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.Bermalam di Mina memadai tinggal pada sebahagian besar malam tersebut.
  • Melontar ketiga-tiga jamrah - iaitu Jamratul ula, Wusta dan Aqabah dengan menggunakan tujuh biji batu pada tiap-tiap jamrah. Waktunya selepas gelincir matahari pada hari tasyrik hinnga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari.
  • Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang masa ihram - Apabila seseorang jemaah haji itu telah berniat ihram maka haram melakukan perkara yang ditegah. Sekiranya seseorang melakukan perkara-perkara tersebut, dia wajib membayar dam.
Melontar di ketiga-tiga jamrah:



2. WAJIB UMRAH
  • Berniat ihram di Miqat.
  • Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.

3. SUNAT HAJI

  • Mandi ketika hendak berniat ihram di miqat.
  • Sembahyang 2 rakaat sebelum berniat ihram.
  • Memakai pakaian ihram berwarna putih.
  • Memotong kuku.
  • Membanyakkan ucapan talbiah semasa ihram sehingga melontar di Jamratul Aqabah.
  • Mandi ketika hendak memasuki kota Mekah dan ketika hendak wukuf di Padang Arafah.
  • Membanyakkan bacaan tahmid, zikir dan doa sepanjang mengerjakan haji serta membaca doa-doa tertentu ketika tawaf, sa'ie dan ketika berada di Padang Arafah.
  • Sembahyang 2 rakaat selepas tawaf dan sebaik-baiknya di belakang maqam Ibrahim.
  • Berturut-turut 7 pusingan tawaf.
  • Bermalam di Mina pada malam hari ke-9 bulan Zulhijjah iaitu sebelum bertolak ke Arafah.
  • Melewatkan tempoh berada di Padang Arafah hingga waktu terbenam matahari pada hari wukuf.
  • Berada di Muzdalifah hingga waktu Subuh 10 Zulhijjah.
  • Keluar ke tempat sa'ie melalui pintu Safa.
  • Menaiki Bukit Safa dan Marwah hingga sampai ke batu-batu bukit. 

4. PERKARA -PERKARA YANG DILARANG KETIKA IHRAM
  • Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki.
  • Memakai wangi-wangian.
  • Memotong kuku.
  • Memotong rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan.
  • menutup kepala bagi lelaki.
  • Menutup muka dan dua tapak tangan bagi wanita.
  • Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.
  • Mencabut atau memotong tumbuh-tumbuhan di tanah haram.
  • Berburu binatang buruan darat.
  • Bernikah atau menikahkan.
  • Melakukan perkara-perkara yang merupakan permulaan kepada persetubuhan.
  • Bersetubuh.