1. NIAT2.WUKUF DI PADANG ARAFAH3.TAWAF4.SAIE5.BERCUKUR6.TERTIB________________________________
1. NIAT- Niat menunaikan haji hendaklah dilakukan di Miqat setelah memakai ihram.
- Miqat makani (sempadan tempat) dan Miqat zamani (sempadan masa)
2. WUKUF DI PADANG ARAFAH.Video wukuf di Padang Arafah:
Wukuf- berada di Padang Arafah walaupun sekejap di antara gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
3. TAWAF- iaitu mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali, dilakukan selepas wukuf di Arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah.
Jenis-jenis tawaf:
- TAWAF WUDUM- tawaf selamat datang
- TAWAF IFADAH / RUKUN- wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadat haji.
- TAWAF WIDA' - tawaf selamat tinggal- sunat bagi orang yang ingin meninggalkan kota Mekah.
- TAWAF SUNAT- boleh dikerjakan pada bila-bila masa.
Video tawaf:
Syarat-syarat tawaf:
- menutup aurat
- suci daripada hadas
- dilakukan sebanyak tujuh kali mengelilingi kaabah. dimulakan dari penjuru Hajarul Aswad.
- menjadikan Baitullah sebelah kiri semasa tawaf
- dilakukan di dalam Masjidil Haram.
4. SAIE- iaitu berjalan berulang-alik daripada Bukit Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali.
Video Saie:
Syarat-syarat sah saie:
- dimulai dari Safa dan disudahi di Marwah
- dilakukan sebanyak tujuh kali
- dilakukan selepas tawaf rukun atau ifadah
- dilakukan dengan perjalanan biasa
- memulakan niat saie semasa mula di Safa.
5. BERCUKUR- sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela.
- menghapuskan dosa.
6. TERTIB- seseorang itu melakukan ibadat wajib atau sunat mengikut susunannya.