03 June 2010

RUKUN HAJI ADA 6

1. NIAT
2.WUKUF DI PADANG ARAFAH
3.TAWAF
4.SAIE
5.BERCUKUR
6.TERTIB
________________________________

1. NIAT
  • Niat menunaikan haji hendaklah dilakukan di Miqat setelah memakai ihram.
  • Miqat makani (sempadan tempat) dan Miqat zamani (sempadan masa)
2. WUKUF DI PADANG ARAFAH.

Video wukuf di Padang Arafah:


Wukuf- berada di Padang Arafah walaupun sekejap di antara gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.

3. TAWAF
  • iaitu mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali, dilakukan selepas wukuf di Arafah bagi haji dan selepas niat ihram bagi umrah.
Jenis-jenis tawaf:
  1. TAWAF WUDUM- tawaf selamat datang
  2. TAWAF IFADAH / RUKUN- wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadat haji.
  3. TAWAF WIDA' - tawaf selamat tinggal- sunat bagi orang yang ingin meninggalkan kota Mekah.
  4. TAWAF SUNAT- boleh dikerjakan pada bila-bila masa.
Video tawaf:


Syarat-syarat tawaf:
  • menutup aurat
  • suci daripada hadas
  • dilakukan sebanyak tujuh kali mengelilingi kaabah. dimulakan dari penjuru Hajarul Aswad.
  • menjadikan Baitullah sebelah kiri semasa tawaf
  • dilakukan di dalam Masjidil Haram.
4. SAIE
  • iaitu berjalan berulang-alik daripada Bukit Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali.
Video Saie:


Syarat-syarat sah saie:
  • dimulai dari Safa dan disudahi di Marwah
  • dilakukan sebanyak tujuh kali
  • dilakukan selepas tawaf rukun atau ifadah
  • dilakukan dengan perjalanan biasa
  • memulakan niat saie semasa mula di Safa.
5. BERCUKUR
  • sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela.
  • menghapuskan dosa.
6. TERTIB
  • seseorang itu melakukan ibadat wajib atau sunat mengikut susunannya.